Saturday, July 24, 2010

TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM

Khusuk, pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Taman Megah Ria mendengar ceramah Teknik Menjawab Sejarah SPM pada 21.7.2010.

En. Ishak Bin Saidoo Guru Cemerlang Sejarah sedang memberi ceramah Teknik Menjawab Sejarah SPM.




Modul nota berpandu merupakan buah tangan Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang iaitu En Ishak Bin Saidoo. Pelajar SMK Taman Megah Ria menggunakan modul ini bermula pada tahun 2010 sebagai nota sejarah. Konsepnya adalah 2 dalam 1 iaitu nota dan juga latihan. Pelajar tidak lagi dibebani dengan menulis nota sejarah yang panjang berjela-jela. Pelajar hanya perlu melengkapkan tempat kosong, jadual, peta konsep dan sebagainya dengan merujuk buku teks sejarah. Modul bagi menengah rendah diberi judul "Memori" manakala untuk menengah atas pula diberi judul "Refleksi". Idea ini akan dikembangkan ke seluruh Johor di mana PPMP Sejarah Negeri Johor telah memurnikan lagi modul tersebut untuk digunakan pada tahun hadapan.





Program Gerak Gempur Sejarah PMR siri ke-2 dan ke-3 yang berlangsung pada 19 dan 22 Julai lalu. Siri yang seterusnya akan menyusul selepas percubaan nanti.