Monday, March 1, 2010

Kerja Kursus Sejarah (PBS) PMR 21/2 tahun 2010

Pengumuman

Makluman kepada semua calon PMR 2010, Tajuk Kerja Kursus Sejarah PMR (PBS) sudah pun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Bagi tahun ini tajuk tugasan yang wajib dilaksanakan oleh semua calon PMR 2010 ialah seperti berikut:

Tugasan 1:
Anda ditugaskan membuat kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di Malaysia.

Tugasan 2:
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Taklimat mengenai perlaksanaannya akan dibuat tidak lama lagi oleh guru mata pelajaran sejarah di dalam kelas anda masing-masing. Jadual perlaksanaan akan ditampal di dalam kelas dan kertas soalan akan diedarkan kepada semua calon. Laman web berikut mungkin boleh membantu:
Jenis-Jenis Perayaan di Malaysia
Perayaan Utama di Malaysia
Tourisme Malaysia: Perayaan
Senarai Hari-Hari Perayaan di Malaysia
Perpaduan Perayaan di Malaysia-PDFQueen
Wapedia-Wiki: Hari Perayaan

Banyak lagi laman web dan blog yang boleh dilayari bagi membantu calon mengumpul fakta sejarah. Sekian, Terima Kasih dan Selamat menjalankan Kerja Kursus Sejarah.

Shahrizal_KP Sejarah


Sambung baca lagi.....